Asmaul Husna

Saturday, December 18, 2010

Moto dan Visi

Moto:
Perpaduan teras kejayaan.

VISI:
Bercita-cita menjadi sebuah kampung yang berdaya saing dan sentiasa cemerlang seiring kemajuan negara.

Friday, December 17, 2010

Senarai Komuniti JKKKP Pulau Pinang

JKKKP SPT:
  1. jkkkpguarperahu.blogspot.com
  2. jkkkpkgpeletkgpetani.blogspot.com
  3. jkkkpbukitteh.blogspot.com
  4. kebunsirehclub.blogspot.com
  5. jkkkpkgsekolahjuru.blogspot.com
  6. Jkkkp-jkkkpmk5kubangsemang.blogspot.com
  7. jkkkpKampungpertama.blogspot.com
  8. kubangulu.blogspot.com
JKKKP DBD:
  1. jkkpbahangbay.blogspot.com
  2. sungaipinangbp.blogspot.com
  3. jalanbharupenang.blogspot.com
  4. jkkkptititeras.blogspot.com
  5. jkkkpkongsi.blogspot.com
  6. jkkkpkggenting.blogspot.com
  7. jkkkppulaubetong.blogspot.com
  8. jkkkpbtgemuroh.blogspot.com
  9. kampungbinjai.blogspot.com
  10. beliasricentral.blogspot.com
JKKKP SPS:
  1. jkkkptasek.blogspot.com
  2. kadunsungaiacheh.blogspot.com
  3. jkkkpsgkechil.blogspot.com
  4. kgbaru01.blogspot.com
  5. jkkkpsungaiacheh.blogspot.com
  6. sgbakau.blogspot.com
  7. seriampangan.blogspot.com
  8. sgsetar.blogspot.com
  9. jkkkpsimpangtiga.blogspot.com
  10. jalanbukitpanchor.blogspot.com
  11. pulauaman-islandofpeace.blogspot.com
  12. jkkkppermatangkeling.blogspot.com
JKKKP SPU:
  1. kampungbakautua.blogspot.com
  2. pasirgebu.blogspot.com
  3. jkkkppenaga.blogspot.com
  4. jkkkptgjanggus.blogspot.com
  5. jbenggali.blogspot.com
  6. kgptgsintok.blogspot.com
  7. jkkkppermatangbuloh.blogspot.com
  8. keligapenaga.blog.com
  9. rakanmuda-nt.blogspot.com
  10. jkkkpkotaaur.blogspot.com
  11. merbaukudong.blogspot.com
  12. kampungkualamudapenaga.blogspot.com/

Sedikit Sebanyak Sejarah Titi Teras

Dahulu Kampung Titi Teras dan pondok upeh pernah menjadi tempat tumpuan orang satul sehingga digelar sebagai kampung satul. Menurut Haji Harun bin Rashid, 72 tahun, pada zaman dahulu orang-orang yala telah berkampung di sungai mati, Titi Teras dan tanah perkuburan Titi Teras telah diwakafkan oleh seseorang yang dikenali sebagai Tok Mad Satul

Bagaimana Titi Teras mendapat namanya:

Titi Teras terbina daripada empat batang kayu balak yang sanggat teras, merintanggi sungai mati. Sekiranya sungai tersebut dikorek semula pada hari ini, berkemungkinan kayu yang teras itu masih ada tertimbus di dasar sungai tersebut. Titi tersebut adalah merupakan perhubunggan utama di zaman dahulu kerana ketika itu masih belum terdapat jalan penghubung yang lain.

.:SEJARAH BALIK PULAU:.

  Bilakah Balik Pulau Diduduki?

Bukti- bukti telah menunjukkan bahawa Pulau Pinang telah diduduki pada 1762 ( Kapten Forest mencatitkan cuma terdapat lapan buah kampung pada tahun tersebut). Sebahagian daripada Datuk Keramat, dipercayai secara turun-temurun telah dibuka lebih awal iaitu pada 1704.

Bahagian lain masih lagi belum diduduki kecuali oleh tiga kumpulan kecil pelarian-pelarian Melayu dari Kedah, berjumlah lebih kurang tujuh puluh kesemuanya. Mereka tinggal di kaki-kaki bukit di sekeliling Batu Gantong, Bukit Dumbar dan Bayan Lepas. Ketika itu, Pulau Pinang masih lagi sebahagian daripada Kedah.

Sebab-sebab berlakunya penghijrahan:

Menurut Tan Ding Eing, di dalam bukunya, ?Sejarah Malaysia dan Singapura? pada bulan Februari 1786, Burma melanggar Siam dan menyerang Ujong Salang. Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mahrum Shah (1773-98), cuba untuk memenangi hati kedua-dua belah pihak dengan menghantar senjata-senjata kepada orang Burma dan perutusan taat-setia ke Bangkok, tetapi rancangannya telah gagal. Siam, dibawah Dinasti Chakti, menghalau keluar orang Burma dan Ujong Salang dengan jayanya.

Siam kemudiannya menghantar keluar angkatan-angkatan untuk menghukum Ligor dan Pugit dan mengancam Pattani, Kedah dan Terengganu. Pattani telah diserbu dalam bulan November 1786 dan Kedah bimbangkan nasib yang sama. Sultan Abdullah sedaya upaya cuba berunding dengan Siam dan meminta bantuan British dari Light.

Dasar perluasan kuasa ini telah mengakibatkan sejarah penghijrahan orang-orang Melayu di Negeri-Negeri Melayu Siam. Hampir keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui di sekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis.

Haji Hussain bin Abd Hamid, 97 tahun, berkata bahawa neneknya dari Satul telah melarikan diri ke sini dari busuh bisik? istilah yang menunjukkan akan kekejaman dan penindasan perang Siam disampaikan secara berbisik-bisik.

Proses penghijrahan mereka adalah secara berpuak-puak. Dua tempat tumpuan orang-orang Satul sehingga dikenali sebagai Kg. Satul ialah di Pondok Upeh dan Titi Teras. Meskipun demikian, mereka sebenarnya tinggal berselerak di sekitar Balik Pulau umumnya.

Menurut Haji Harun bin Rashid, 72 tahun, pada masa dahulu orang-orang Yala telah berkampung di Sg. Mati, Titi Teras, berdekatan dengan rumahnya. Manakala tanah perkuburan Titi Teras telah diwakafkan oleh seorang yang dikenali sebagai ?Tok Mad Satul?br />
Sebahagian besar penduduk-penduduk di wilayah-wilayah Selatan Thai iaitu Pattani, Satul, Yala dan Narathiwat beragaman Islam. Hal ini telah menyemarakkan lagi api peperangan.

Keadaan yang meruncing ini memaksa mereka meninggalkan tanah tumpah darah mereka. Buluh-buluh sungai ditebang untuk dijadikan rakit buat meneruskan perjalanan mengikut arus sungai. Hajjah Fatimah Sahak, 74 tahun, telah menceritakan kisah seorang bidan yang terkenal di zaman dahulu, Tok Mek Gelamai yang telah ketinggalan rakit tetapi diselamatkan oleh lelaki yang kemudiannya menjadi suaminya.

Apa yang dicari oleh mangsa peperangan ialah suatu tempat yang menjamin keselamatan dan perlindungan diri, keluarga dan puak masing-masing untuk memulakan penghidupan baru.

Dari segi logiknya, mukabumi Balik Pulau yang dikelilingi oleh bukit-bukau merupakan satu tempat yang benar-benar strategik sebagai tempat persembunyian.

Kemudahan asas

Di Kampung Titi Teras terdapat pelbagai kemudahan seperti:

Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Titi Teras,
Sekolah Agama Titi Teras,
Tadika Kemas,
Tabika ummi

Sumber matlumat:

Perpustakaan Desa














Tempat Ibadat:
Masjid An-Nur Titi Teras

                                                   (Perkarangan masjid Titi Teras)        


Tempat Berkumpul dan melakukan aktiviti:
Dewan JKKKP Titi Teras




Tempat rekeasi:
Taman rekeasi Pokok Kenanga      


terdapat juga bengkel kereta dan motosikal, gerai-gerai makan dan juga pejabat agama.                                     

Aktiviti terkini (17-12-2010)

JKKKP Titi Teras telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai program e-komuniti yang dianjurkan oleh PERDA bertempat di The Regency Darul Aman Golf Resort Jitra, Kedah. Selama 3 hari 2 malam. Wakil bertolak pada jam 8.40 pagi.

1Malaysia

Ketua kampung Titi Teras menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia untuk menjayakan 1Malaysia dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.