Asmaul Husna

Friday, December 17, 2010

Sedikit Sebanyak Sejarah Titi Teras

Dahulu Kampung Titi Teras dan pondok upeh pernah menjadi tempat tumpuan orang satul sehingga digelar sebagai kampung satul. Menurut Haji Harun bin Rashid, 72 tahun, pada zaman dahulu orang-orang yala telah berkampung di sungai mati, Titi Teras dan tanah perkuburan Titi Teras telah diwakafkan oleh seseorang yang dikenali sebagai Tok Mad Satul

Bagaimana Titi Teras mendapat namanya:

Titi Teras terbina daripada empat batang kayu balak yang sanggat teras, merintanggi sungai mati. Sekiranya sungai tersebut dikorek semula pada hari ini, berkemungkinan kayu yang teras itu masih ada tertimbus di dasar sungai tersebut. Titi tersebut adalah merupakan perhubunggan utama di zaman dahulu kerana ketika itu masih belum terdapat jalan penghubung yang lain.

No comments:

Post a Comment